Dalam kehidupan ini kita terpaksa memilih, walaupun ianya berat , aku harus lakukannya untuk kebahagiannya, untuk kepentingannya dirinya dn untuk hatinya.. walaupun mungkin dia tidak memikirkan tentang perasaan diriku dan hatiku. Walaupun apa yang telah dia lakukan ini sangat sakit sehinggakan air mata ini sudah tak mampu untuk keluarkan air mata tapi ku terpaksa turutkan jua.. mungkin ini adalah satu pengajaran untuk diriku kerana terlalu lalai memuja dirinya dan terlalu menyayanginya. Semasa bersamanya aku lalai dengan keduniaan mungkin ini penyebabnya..hanya allah yang mengetahui segala setiap sesuatu kejadian..birlah dia menjadi hantu dalam hidup ini, biarlah aku hidup bersama bayang-bayangnya, aku hanya mampu menjadi miliknya dalam bayangan dan angan angan ku.. Akan aku lepaskan dia dengan jalan dan kehidupan yang telah dia pilih. Kadang dia katakan aku obses , sebenarnya kalau ada orang yang boleh masuk ke dalam badan ini dan merasakan bagaimana rasanya luka dn sakitnya hati bila tanpa sebab ianya terluka.. biar hanya ku yang tahu.. kerana tiada siapa yang tahu melainkan diri kita sendiri. Kadang dia kata aku kebudakan...hmmmm.. mungkin keputusan yang di buat ini adalah keputusan yang telalu matang yang pernah aku alami.. astaghfirullah al azim.. aku bukan budak budak untuk diperlakukan sebegini.. aku hanya mampu bersabar dengan ujianmu ya allah. Aku akan selalu memaafkannya dan tidak akan pernah benci dengannya walaupun apa yang dia lakukan ini sangat sakit untuk aku lalui.. mungkin dia telah menemui kehidupannya yang lebih baik.. apalah kalau nak dibandingkan dengan kehidupan aku ni yang masih mungkin baginya kucar kacir dan hanya menjadi beban untuk dirinya.. aku mungkin hanya sebagai tempat persinggahannya dan hanya tempat untuknya menumpang berteduh sebelum meneruskan perjalanan..
Aku tidak mampu melakukan apa apa lagi. Hanya mampu terdiam membisu.cerita ini mungkin akan tergantung atau sudah sampai di penghujungnya aku pun sudah tidak tahu.. hanya allah yang mengetahui segala setiap kejadian. Mungkin ada yang lebih baik untuk dirinya daripada aku yang unperfect ini. Mungkin ada yang lebih menceriakan hidupnya daripada aku yang mungkin baginya hanya sebagai satu beban..aku kadang terfikir mungkin aku terlalu banyak memberikan dia beban. Kadang aku rasa aku hidup dalam sandiwara yang cukup indah seperti hidup dikelilingi pelakon yang mempunyai sasaran iaitu aku. Aku berharap apa yang aku fikirkan adalah tidak benar dan ia mungkin adalah ksilapan hamba allah yang hina ini.. semoga allah mengampunkan dosa kita berdua.. amin..
.