Tuesday, September 17, 2013

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA


BUAT PEDOMAN BERSAMA.  
Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

 Begitulah juga .........  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....  

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

 Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....  

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.  

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....

Monday, August 26, 2013

26/8/2013

Kenapa aku mesti risau , mengapa hati perlu ambil berat dan kenapa ini yang aku rasakan..setiap perkara mesti ada sebab dan musabab kan.hmmm... kadang aku lari sekuat hati untuk lari benda yang telah lama berada dalam benak ku. Ku lari sejauh yang boleh sepenat yang boleh setinggi yang boleh agar aku sedar dari angan ku. Tapi aku tahu hati ini hanya untuknya kerana aku tahu berdiri ku sini hanya untuknya dan sentiasa berharap untuk bersamanya dan sentiasa bertahan untukku.. dalam hati kecil ku ingin kan dirinya terlukis indah raut wajahnya dalam benakku ya allah tunaikan hajatku dan redhaknlah aku.

Saturday, August 24, 2013

24/08/2013

Alhamdulillah impian untuk sampai ke puncak gunung kinabalu akhir berjaya juga..kami telah sampai ke puncak pada pukul 5.00 pagi 22/08/2013. seperti tidak ku sangka aku dapat sampai ke puncak gunung kinabalu di mana ia adalah gunung yang tertinggi di asia tenggara. Sungguh indah ciptaan dan kebesaraanmu ya allah.. seperti hendak menitis air mata bila ku sampai melihat ciptaanmu. Pendakian bermula pada pukul 8.00 pagi 21/08/2013 dan telah sampai ke labanrata pada pukul 3.30 petang. Labanrata adalah kawasan di mana kami menginap dan berehat sebelum memulakan semula pendakian. Setelah makan malam dan rehat pada malam itu aku tidak dapat tidur kerana kesejukkan. Aku telah membawa kad yang istimewa yang selalu aku baca sebelum tidur.. alhamdulillah dapat juga aku tertidur malam itu.. kami memulakan semula pendakian pada pukul 2.00 pagi untuk pergi ke puncak.. alhamdulillah syukur ke atas allah s.w.t dan junjungan besar nabi Muhammad s.a.w akhirnya misi ini berjaya juga. pelbagai cabaran akan kita lalui apabila melakukan pendakian untuk sampi ke puncak tetapi jika kita mencuba untuk melalui insha allah kita akan dapat merasai puncaknya. Begitu juga dengan kehidupan kita jika tidak mencuba kita tidak akan tahu apa yang akan terjadi jangan hanya memberikan alasan tanpa mencuba kerana kita bukan tuhan untuk meramal setiap yang berlaku di hadapan kita. Semoga ia sentiasa dalam keadaan baik-baik sahaja.. insha allah..

Thursday, August 15, 2013

15/8/2013

Tidak lama lagi pendakian gunung kinabalu bermula, setiap persiapan pun dibuat kemarin aku pergi jogging di kompleks sukan, entah kenapa hati terasa tidak bermaya.. setiap hari aku jogging setiap hari aku menantikan jasad yang pernah menanti ku jogging akan muncul untuk memberikan air dan semangat..setiap kali aku terlihat kawasan kolam renang hati ini akan teringat kali pertama dia ku terimadi dalam hati ini.. air mata tertahan bila ku lihat tempat dia selalu duduk menanti aku habis jogging.. bayangnya selalu muncul di mata seperti ada dia menanti aku...kadang air mata masih mengalir walaupun hati telah merelakan dia pergi..aku pun kadang tak tahu bagaimana harus aku lalui semua ini.. teringat aku sebuah kata-kata indah yang membuatkan hati sebak bila membacanya. "andai rupa paras menjadi ukuran sememangnya aku tidak layak menjadi rakan, andainya harta menjadi sandaran aku tidak mampu menjadi sahabat, andai pangkat dan kedudukan menjadi perhatian, aku mungkin tidak berdaya menjadi sekufu, namun begitu... jika keikhlasan dan kesetiaan menjadi pilihan dengan izin allah s.w.t aku mampu menjadi teman yang selalu ada di sisimu.." masyallah hati ini seperti terpaut dengan pepatah tersebut.. alangkah indah jika di dunia ini semuanya seperti yang kita inginkan.. alangkah dunia ini anda semua manusia saling bertolak ansur antara satu dengan yang lain.. dan alangkah indah jika semua manusia tidak mementingkan diri sendiri...  

Sunday, August 11, 2013

hidup dan rasakan kehidupan..

Genggam tangan ku ini dan rasakan kehidupan, gengam tangan ku ini dan rasakan perihnya kehidupan, semua yang aku berikan tapi aku tidak pernah merasakan..ku hanya hanya mampu melihat di balik awan. Kita kadang terpaksa berdiri walaupun memilukan.. hanya mampu tertawa walau ia menyakitkan.. hanya mampu memaafkan walaupun tidak merelakan...walaupun kau tiada di sini ku tetap ingat semua pesan-pesanmu, walaupun kuhidup tanpa dirimu tapi ku rasakan kau masih ada menemani aku... tersedar aku masih ingin disampingmu.. mengapa diantara beribu bintang hanya kau yang paling terang.. mengapa bayangmu selalu di sampingku.. mengapa aku perlu merisaukan dirimu yang sudah tidak memerlukan aku lagi.. mengapa dalam beribu cinta hanya kamu pilihan hatiku.. ya allah bantu aku melupakan dirinya...

Tuesday, August 6, 2013

28 ramadan 6/8/2013

Melayan suasana waktu subuh sehingga ke pagi adalah kegemaran ku.. hari ni 28 ramadan alhamdulillah.. 28 ramadan secara peribadi adalah hari kelahiran aku dalam bulan islam..mak aku cakap aku lahir pada 28 ramadan pada jam 11.45 pagi bersama dengan 5/5 .. maka genap la umurku 24 tahun dalam bulan islam.. umur sudah semakin meningkat terlalu banyak perancangan yang belum aku capai, cepat atau lambat kita kena harus sentiasa berusaha.. banyak impian yang belum aku capai dan ada yang telah musnah di tengah jalan mungkin ada hikmah di sebalik semua ini, aku tidak menyalahkan tadir aku redha atas ketentuannya, semuanya mungkin sudah tertulis dalam hidupku.. hari ini juga hari jadi seorang insan yang special di hatiku dalam yang selalu temani aku hanya dalam mimpiku.. mudah-mudahan allah s.w.t membuka hatinya, kerana aku akan sentiasa menunggunya.. Aku tidak lupa namanya di setiap solat ku.. aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya dan semoga allah s.w.t akan memberikannya kejayaan di dunia dan akhirat kelak.. insha allah. 


Monday, August 5, 2013

senyum itu indah. 5/6/2013

Bangun dari tidur muka seperti serigala dengan rambut yang semak terus jumpa mak...hahahah   terus bersih telinga.. teringat nasihat mak aku biar penuh dengan masalah jangan pernah biarkan ia menghilangkan senyum kita.. betul kata mak, selama aku bertahun -tahun hidup bersama mak aku, dari aku dilahirkan sampai besar seperti sekarang aku tahu mak aku tak pernah melihatkan mukanya yang sedih di depan kami.. kadang aku tahu masalah mak tapi di tak pernah mengeluh untuk kami.. biar pun macam macam benda datang dia akan tetap senyum.. that y ur so special mom.. u always number one for me..

Sunday, August 4, 2013

4/6/2013

Sendiri kesunyian duduk beranda menikmati suasana malam yang sunyi dan tenang di bulan ramadan..kerdilnya aku di dunia ini.. rasa sayu dan pilu hati ini..perasaaan hati berasa tenang walaupun bayang-bayang itu selalu ada di sampingku mengisi setiap hari-hariku.. aku sudah tida berdaya untuk menghalang bayang-bayang itu, diri ini hanya mampu membiarkan ia menghantui diri ini kerana aku tahu kerinduan aku tidak akan pernah abis.dan aku hanya mampu membiarkan diri menyayangi bayang-bayang yang aku sendiri tidak tahu bila ia akan mati dan lenyap untuk selamanya atau ia akan selamanya terus bersamaku.. hanya allah mengetahui segala setiap kejadian.. kadang melihat perangai segelintir manusia yang tidak pernah  puas melayan perasaan pentingkan diri seperti tiada penghujungnya.. ya allah jauhkan hambamu dengan perasaan yang macam tu.. mereka seperti hidup di atas paksi nafsu semata-mata , selalu menasihati tanpa mencerminkan keperibadian sendiri..bukankah elok kita memperbaiki diri sendiri sebelum melakukannya untuk orang lain. Aku sudah tidak berdaya membuka hati ini, biarlah aku menyendiri, aku terima dan redha keadaan ku yang mungkin lebih selamat daripada memberikan sekeping hati tapi tidak dihargai..aku terima, aku redha.. Allah s.w.t lebih mengetahui segala kebenaran, aku hanya insan yang lemah yang telalu banyak kelemahan.bersyukur atas setiap kurniaannya dan anugerahnya jangan terlalu angkuh dan sombong kerana semua itu adalah pinjaman dan boleh ditarik pada bila-bila masa.. menyesal sebelum terlambat. Aku hanya mampu tersenyum dengan setiap apa yang orang perkatakan. Mulut sudah tidak mampu mengeluarkan bunyinya lagi dan aku hanya mampu berdoa semoga Allah s.w.t meredhai dan mengampunkan segala dosa-dosa yang pernah kita lakukan.. insha allah...

Friday, August 2, 2013

setiap detik (2/08/2013)

Setiap detik engkau selalu datang dalam mimpiku, siang dan malam selalu datang mengganggu ku dan tak pernah lena lelap tidurku.. setiap detik ku teringat kepadamu setiap detik rindu ini meracuniku apakah setiap detik akan terus begini.. setiap detik doaku tidak pernah putus untukmu.. apakah nasib terus begini.. wahai kau air mataku hanya engkau la saksi hidupku saat aku kehilangannya, suara ku akan terus berharap sampai kapan pun.. " ya allah jika dia yang terbaik buatku, dekatkanlah dia dengan hidupku, buka kan lah pintu hatinya untukku, permudahkanlah hubungan kami, redhailah perhubungan kami, dan berikanlah kami kebahagian sampai ke syurgamu. Tapi jika dia bukanlah yang terbaik untukku, berikanlah petanda, jauhkan la kami, pisahkan la kami, tutuplah hatiku buat dia, dan permudahkanlah aku untuk melupakan dia.. amin"

Wednesday, July 3, 2013

3/07/2013

Dalam kehidupan ini kita terpaksa memilih, walaupun ianya berat , aku harus lakukannya untuk kebahagiannya, untuk kepentingannya dirinya dn untuk hatinya.. walaupun mungkin dia tidak memikirkan tentang perasaan diriku dan hatiku. Walaupun apa yang telah dia lakukan ini sangat sakit sehinggakan air mata ini sudah tak mampu untuk keluarkan air mata tapi ku terpaksa turutkan jua.. mungkin ini adalah satu pengajaran untuk diriku kerana terlalu lalai memuja dirinya dan terlalu menyayanginya. Semasa bersamanya aku lalai dengan keduniaan mungkin ini penyebabnya..hanya allah yang mengetahui segala setiap sesuatu kejadian..birlah dia menjadi hantu dalam hidup ini, biarlah aku hidup bersama bayang-bayangnya, aku hanya mampu menjadi miliknya dalam bayangan dan angan angan ku.. Akan aku lepaskan dia dengan jalan dan kehidupan yang telah dia pilih. Kadang dia katakan aku obses , sebenarnya kalau ada orang yang boleh masuk ke dalam badan ini dan merasakan bagaimana rasanya luka dn sakitnya hati bila tanpa sebab ianya terluka.. biar hanya ku yang tahu.. kerana tiada siapa yang tahu melainkan diri kita sendiri.  Kadang dia kata aku kebudakan...hmmmm.. mungkin keputusan yang di buat ini adalah keputusan yang telalu matang yang pernah aku alami.. astaghfirullah al azim.. aku bukan budak budak untuk diperlakukan sebegini.. aku hanya mampu bersabar dengan ujianmu ya  allah. Aku akan selalu memaafkannya dan tidak akan pernah benci dengannya walaupun apa yang dia lakukan ini sangat sakit untuk aku lalui.. mungkin dia telah menemui kehidupannya yang lebih baik.. apalah kalau nak dibandingkan dengan kehidupan aku ni yang masih mungkin baginya kucar kacir dan hanya menjadi beban untuk dirinya.. aku mungkin hanya sebagai tempat persinggahannya dan hanya tempat untuknya menumpang berteduh sebelum meneruskan perjalanan..
Aku tidak mampu melakukan apa apa lagi. Hanya mampu terdiam membisu.cerita ini mungkin akan tergantung atau sudah sampai di penghujungnya aku pun sudah tidak tahu.. hanya allah yang mengetahui segala setiap kejadian. Mungkin ada yang lebih baik untuk dirinya daripada aku yang unperfect ini. Mungkin ada yang lebih menceriakan hidupnya daripada aku yang mungkin baginya hanya sebagai satu beban..aku kadang terfikir mungkin aku terlalu banyak memberikan dia beban. Kadang aku rasa aku hidup dalam sandiwara yang cukup indah seperti hidup dikelilingi pelakon yang mempunyai sasaran iaitu aku. Aku berharap apa yang aku fikirkan adalah tidak benar dan ia mungkin adalah ksilapan hamba allah yang hina ini.. semoga allah mengampunkan dosa kita berdua.. amin..
.

Sunday, June 30, 2013

30 june 2013


  1. Berusaha untuk menghilangkan dari kepala...erghhh... tak dapat tido...ko saja diari tempat aku bercerita walaupun aku tahu teda yang menbantu... kadang-kadang aku fikir yang aku ni dilahirkan hanya untuk dipermainkan?. aku redha atas ketentuannya kerana aku tahu hanya dia yang lebih mengetahui segala kejadian.. mungkin ini ujian untuk aku bersabar..mungkin dan mungkin... kadang-kadang aku terpikir kenapa ada manusia yang masih berperangai macam ni di dunia...hmmm.. bersyukurlah dengan anugerah yang telah diberikan... jangan bodoh sombong... jangan sampai anugerah dan kelebihan yang dibagi akan ditarik balik... membuat swsuatu keputusan pikirlah dengan sematang matangnya jangan hanya membuat keputusan yang sangt drastik dan kebudak-budakan..jangan membuat keputusan dengan memetingkan diri sendiri... jangan menganiyai insan yang di bawah.. setiap perbuatan akan ada balasannya...(peringatan untuk diri sendiri) .. habis juga akhirnya cerita ini.. memaksa hati kini tiada guna lagi.. meskipun sakir akan ku tempuh jua.. assalamualaikum

Tuesday, June 25, 2013

25/6/2013

Selama ini aku cuba untuk memahami tapi penghinaan yang aku dapat... terbaik la untuk semua ini.. sabar jak la .. mungkin adalah dugaannya... malam siap siap nak packing barang untuk balik sabah. X sabar nak peluk my lovely mom!!! Hopefully semua akan baik baik saja... mungkin ini takdirnya... ada hikmah semua ini mungkin..mungkin..mungkin... chow!!

Monday, June 10, 2013

katakan dengan indah.

malam makin kelam mata hampir setiap tidak boleh lelap, otak berusah untuk tidak memikirkannya tetapi hati terlalu dalam mencintainya.. hatiku selalu meninggikanmu terlalu meninggi kan mu, tapi apa yang terjadi kau hancurkan hatiku.. adakah ini balasannya jika kita menyayangi seseorang dengan terlampau sayang, adakah ini balasan bila kita telampau setia, dan adakah ini balasan jika kita setiasa mengikuti kehendaknya.. tapi dalam kehidupan ini aku akan terus bertahan sehingga aku menjumpai jawapan yang sebenar.. seperti ada jawapan yang terselindung yang perlu aku cari dan terus mencari. hati ini sebenarnya ingin engkau selalu ada, selama aku masih bisa bernafas masih sanggup masih berjalan akan ku selalu memujamu... mesti pun satu saat aku tak tahu engkau ada di mana dengarkan aku ku merindukanmu...

Saturday, March 9, 2013

March oohh march

March telah masuk bulannya.. Sem 4 sudah aku di UPM ni.. hmmm. Sem ini ada satu sem yang mukin agak mental juga .. macam-macam perancangan yang telah dilakukan untuk sem ini.. tapi, tak apa selagi ada leyla oh leyla semangat tu akan terus ada... hehehehhe..Alhamdulillah hari ini sudah masuk bulan ke -6 aku dengan si DIA. malas sebenarnya aku x mahu menghitung hari sebab hati rasa ingin selalu bersama si DIA.. Thanks baby become are meaning in my life.. Si Dia cerita mengenai latar belakangnya.. masa lampaunya n keburukan tapi bagi aku mencintai keburukannya adalah satu kebaikan, insyaallah benda itu akan menjadi baik..bagi aku tidak pernah aku terpikir tentang keburukan or anything cuma apa yang ku lihat hanya masa depan bersamanya.. DIA terlalu dalam dalam hati ini.. sangat sangat dalam.... aku suka MANJANYA, KETAWANYA, GELAGATNYA dan  SENYUMANNYA... Mudah-mudahan aku dapat membahagiakannya.. Aku tak nak buat dia bersedih.. Aku tak nak nampak ia bersedih.. Semoga Allah sentiasa menjaga perhubungan kita..AMIN AMIN AMIN.