Saturday, August 24, 2013

24/08/2013

Alhamdulillah impian untuk sampai ke puncak gunung kinabalu akhir berjaya juga..kami telah sampai ke puncak pada pukul 5.00 pagi 22/08/2013. seperti tidak ku sangka aku dapat sampai ke puncak gunung kinabalu di mana ia adalah gunung yang tertinggi di asia tenggara. Sungguh indah ciptaan dan kebesaraanmu ya allah.. seperti hendak menitis air mata bila ku sampai melihat ciptaanmu. Pendakian bermula pada pukul 8.00 pagi 21/08/2013 dan telah sampai ke labanrata pada pukul 3.30 petang. Labanrata adalah kawasan di mana kami menginap dan berehat sebelum memulakan semula pendakian. Setelah makan malam dan rehat pada malam itu aku tidak dapat tidur kerana kesejukkan. Aku telah membawa kad yang istimewa yang selalu aku baca sebelum tidur.. alhamdulillah dapat juga aku tertidur malam itu.. kami memulakan semula pendakian pada pukul 2.00 pagi untuk pergi ke puncak.. alhamdulillah syukur ke atas allah s.w.t dan junjungan besar nabi Muhammad s.a.w akhirnya misi ini berjaya juga. pelbagai cabaran akan kita lalui apabila melakukan pendakian untuk sampi ke puncak tetapi jika kita mencuba untuk melalui insha allah kita akan dapat merasai puncaknya. Begitu juga dengan kehidupan kita jika tidak mencuba kita tidak akan tahu apa yang akan terjadi jangan hanya memberikan alasan tanpa mencuba kerana kita bukan tuhan untuk meramal setiap yang berlaku di hadapan kita. Semoga ia sentiasa dalam keadaan baik-baik sahaja.. insha allah..

No comments:

Post a Comment