Melayan suasana waktu subuh sehingga ke pagi adalah kegemaran ku.. hari ni 28 ramadan alhamdulillah.. 28 ramadan secara peribadi adalah hari kelahiran aku dalam bulan islam..mak aku cakap aku lahir pada 28 ramadan pada jam 11.45 pagi bersama dengan 5/5 .. maka genap la umurku 24 tahun dalam bulan islam.. umur sudah semakin meningkat terlalu banyak perancangan yang belum aku capai, cepat atau lambat kita kena harus sentiasa berusaha.. banyak impian yang belum aku capai dan ada yang telah musnah di tengah jalan mungkin ada hikmah di sebalik semua ini, aku tidak menyalahkan tadir aku redha atas ketentuannya, semuanya mungkin sudah tertulis dalam hidupku.. hari ini juga hari jadi seorang insan yang special di hatiku dalam yang selalu temani aku hanya dalam mimpiku.. mudah-mudahan allah s.w.t membuka hatinya, kerana aku akan sentiasa menunggunya.. Aku tidak lupa namanya di setiap solat ku.. aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya dan semoga allah s.w.t akan memberikannya kejayaan di dunia dan akhirat kelak.. insha allah.
No comments:
Post a Comment