Sunday, August 4, 2013

4/6/2013

Sendiri kesunyian duduk beranda menikmati suasana malam yang sunyi dan tenang di bulan ramadan..kerdilnya aku di dunia ini.. rasa sayu dan pilu hati ini..perasaaan hati berasa tenang walaupun bayang-bayang itu selalu ada di sampingku mengisi setiap hari-hariku.. aku sudah tida berdaya untuk menghalang bayang-bayang itu, diri ini hanya mampu membiarkan ia menghantui diri ini kerana aku tahu kerinduan aku tidak akan pernah abis.dan aku hanya mampu membiarkan diri menyayangi bayang-bayang yang aku sendiri tidak tahu bila ia akan mati dan lenyap untuk selamanya atau ia akan selamanya terus bersamaku.. hanya allah mengetahui segala setiap kejadian.. kadang melihat perangai segelintir manusia yang tidak pernah  puas melayan perasaan pentingkan diri seperti tiada penghujungnya.. ya allah jauhkan hambamu dengan perasaan yang macam tu.. mereka seperti hidup di atas paksi nafsu semata-mata , selalu menasihati tanpa mencerminkan keperibadian sendiri..bukankah elok kita memperbaiki diri sendiri sebelum melakukannya untuk orang lain. Aku sudah tidak berdaya membuka hati ini, biarlah aku menyendiri, aku terima dan redha keadaan ku yang mungkin lebih selamat daripada memberikan sekeping hati tapi tidak dihargai..aku terima, aku redha.. Allah s.w.t lebih mengetahui segala kebenaran, aku hanya insan yang lemah yang telalu banyak kelemahan.bersyukur atas setiap kurniaannya dan anugerahnya jangan terlalu angkuh dan sombong kerana semua itu adalah pinjaman dan boleh ditarik pada bila-bila masa.. menyesal sebelum terlambat. Aku hanya mampu tersenyum dengan setiap apa yang orang perkatakan. Mulut sudah tidak mampu mengeluarkan bunyinya lagi dan aku hanya mampu berdoa semoga Allah s.w.t meredhai dan mengampunkan segala dosa-dosa yang pernah kita lakukan.. insha allah...

No comments:

Post a Comment