Kenapa aku mesti risau , mengapa hati perlu ambil berat dan kenapa ini yang aku rasakan..setiap perkara mesti ada sebab dan musabab kan.hmmm... kadang aku lari sekuat hati untuk lari benda yang telah lama berada dalam benak ku. Ku lari sejauh yang boleh sepenat yang boleh setinggi yang boleh agar aku sedar dari angan ku. Tapi aku tahu hati ini hanya untuknya kerana aku tahu berdiri ku sini hanya untuknya dan sentiasa berharap untuk bersamanya dan sentiasa bertahan untukku.. dalam hati kecil ku ingin kan dirinya terlukis indah raut wajahnya dalam benakku ya allah tunaikan hajatku dan redhaknlah aku.
Monday, August 26, 2013
Saturday, August 24, 2013
24/08/2013
Alhamdulillah impian untuk sampai ke puncak gunung kinabalu akhir berjaya juga..kami telah sampai ke puncak pada pukul 5.00 pagi 22/08/2013. seperti tidak ku sangka aku dapat sampai ke puncak gunung kinabalu di mana ia adalah gunung yang tertinggi di asia tenggara. Sungguh indah ciptaan dan kebesaraanmu ya allah.. seperti hendak menitis air mata bila ku sampai melihat ciptaanmu. Pendakian bermula pada pukul 8.00 pagi 21/08/2013 dan telah sampai ke labanrata pada pukul 3.30 petang. Labanrata adalah kawasan di mana kami menginap dan berehat sebelum memulakan semula pendakian. Setelah makan malam dan rehat pada malam itu aku tidak dapat tidur kerana kesejukkan. Aku telah membawa kad yang istimewa yang selalu aku baca sebelum tidur.. alhamdulillah dapat juga aku tertidur malam itu.. kami memulakan semula pendakian pada pukul 2.00 pagi untuk pergi ke puncak.. alhamdulillah syukur ke atas allah s.w.t dan junjungan besar nabi Muhammad s.a.w akhirnya misi ini berjaya juga. pelbagai cabaran akan kita lalui apabila melakukan pendakian untuk sampi ke puncak tetapi jika kita mencuba untuk melalui insha allah kita akan dapat merasai puncaknya. Begitu juga dengan kehidupan kita jika tidak mencuba kita tidak akan tahu apa yang akan terjadi jangan hanya memberikan alasan tanpa mencuba kerana kita bukan tuhan untuk meramal setiap yang berlaku di hadapan kita. Semoga ia sentiasa dalam keadaan baik-baik sahaja.. insha allah..
Thursday, August 15, 2013
15/8/2013
Tidak lama lagi pendakian gunung kinabalu bermula, setiap persiapan pun dibuat kemarin aku pergi jogging di kompleks sukan, entah kenapa hati terasa tidak bermaya.. setiap hari aku jogging setiap hari aku menantikan jasad yang pernah menanti ku jogging akan muncul untuk memberikan air dan semangat..setiap kali aku terlihat kawasan kolam renang hati ini akan teringat kali pertama dia ku terimadi dalam hati ini.. air mata tertahan bila ku lihat tempat dia selalu duduk menanti aku habis jogging.. bayangnya selalu muncul di mata seperti ada dia menanti aku...kadang air mata masih mengalir walaupun hati telah merelakan dia pergi..aku pun kadang tak tahu bagaimana harus aku lalui semua ini.. teringat aku sebuah kata-kata indah yang membuatkan hati sebak bila membacanya. "andai rupa paras menjadi ukuran sememangnya aku tidak layak menjadi rakan, andainya harta menjadi sandaran aku tidak mampu menjadi sahabat, andai pangkat dan kedudukan menjadi perhatian, aku mungkin tidak berdaya menjadi sekufu, namun begitu... jika keikhlasan dan kesetiaan menjadi pilihan dengan izin allah s.w.t aku mampu menjadi teman yang selalu ada di sisimu.." masyallah hati ini seperti terpaut dengan pepatah tersebut.. alangkah indah jika di dunia ini semuanya seperti yang kita inginkan.. alangkah dunia ini anda semua manusia saling bertolak ansur antara satu dengan yang lain.. dan alangkah indah jika semua manusia tidak mementingkan diri sendiri...
Sunday, August 11, 2013
hidup dan rasakan kehidupan..
Genggam tangan ku ini dan rasakan kehidupan, gengam tangan ku ini dan rasakan perihnya kehidupan, semua yang aku berikan tapi aku tidak pernah merasakan..ku hanya hanya mampu melihat di balik awan. Kita kadang terpaksa berdiri walaupun memilukan.. hanya mampu tertawa walau ia menyakitkan.. hanya mampu memaafkan walaupun tidak merelakan...walaupun kau tiada di sini ku tetap ingat semua pesan-pesanmu, walaupun kuhidup tanpa dirimu tapi ku rasakan kau masih ada menemani aku... tersedar aku masih ingin disampingmu.. mengapa diantara beribu bintang hanya kau yang paling terang.. mengapa bayangmu selalu di sampingku.. mengapa aku perlu merisaukan dirimu yang sudah tidak memerlukan aku lagi.. mengapa dalam beribu cinta hanya kamu pilihan hatiku.. ya allah bantu aku melupakan dirinya...
Tuesday, August 6, 2013
28 ramadan 6/8/2013
Melayan suasana waktu subuh sehingga ke pagi adalah kegemaran ku.. hari ni 28 ramadan alhamdulillah.. 28 ramadan secara peribadi adalah hari kelahiran aku dalam bulan islam..mak aku cakap aku lahir pada 28 ramadan pada jam 11.45 pagi bersama dengan 5/5 .. maka genap la umurku 24 tahun dalam bulan islam.. umur sudah semakin meningkat terlalu banyak perancangan yang belum aku capai, cepat atau lambat kita kena harus sentiasa berusaha.. banyak impian yang belum aku capai dan ada yang telah musnah di tengah jalan mungkin ada hikmah di sebalik semua ini, aku tidak menyalahkan tadir aku redha atas ketentuannya, semuanya mungkin sudah tertulis dalam hidupku.. hari ini juga hari jadi seorang insan yang special di hatiku dalam yang selalu temani aku hanya dalam mimpiku.. mudah-mudahan allah s.w.t membuka hatinya, kerana aku akan sentiasa menunggunya.. Aku tidak lupa namanya di setiap solat ku.. aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya dan semoga allah s.w.t akan memberikannya kejayaan di dunia dan akhirat kelak.. insha allah.
Monday, August 5, 2013
senyum itu indah. 5/6/2013
Bangun dari tidur muka seperti serigala dengan rambut yang semak terus jumpa mak...hahahah terus bersih telinga.. teringat nasihat mak aku biar penuh dengan masalah jangan pernah biarkan ia menghilangkan senyum kita.. betul kata mak, selama aku bertahun -tahun hidup bersama mak aku, dari aku dilahirkan sampai besar seperti sekarang aku tahu mak aku tak pernah melihatkan mukanya yang sedih di depan kami.. kadang aku tahu masalah mak tapi di tak pernah mengeluh untuk kami.. biar pun macam macam benda datang dia akan tetap senyum.. that y ur so special mom.. u always number one for me..
Sunday, August 4, 2013
4/6/2013
Sendiri kesunyian duduk beranda menikmati suasana malam yang sunyi dan tenang di bulan ramadan..kerdilnya aku di dunia ini.. rasa sayu dan pilu hati ini..perasaaan hati berasa tenang walaupun bayang-bayang itu selalu ada di sampingku mengisi setiap hari-hariku.. aku sudah tida berdaya untuk menghalang bayang-bayang itu, diri ini hanya mampu membiarkan ia menghantui diri ini kerana aku tahu kerinduan aku tidak akan pernah abis.dan aku hanya mampu membiarkan diri menyayangi bayang-bayang yang aku sendiri tidak tahu bila ia akan mati dan lenyap untuk selamanya atau ia akan selamanya terus bersamaku.. hanya allah mengetahui segala setiap kejadian.. kadang melihat perangai segelintir manusia yang tidak pernah puas melayan perasaan pentingkan diri seperti tiada penghujungnya.. ya allah jauhkan hambamu dengan perasaan yang macam tu.. mereka seperti hidup di atas paksi nafsu semata-mata , selalu menasihati tanpa mencerminkan keperibadian sendiri..bukankah elok kita memperbaiki diri sendiri sebelum melakukannya untuk orang lain. Aku sudah tidak berdaya membuka hati ini, biarlah aku menyendiri, aku terima dan redha keadaan ku yang mungkin lebih selamat daripada memberikan sekeping hati tapi tidak dihargai..aku terima, aku redha.. Allah s.w.t lebih mengetahui segala kebenaran, aku hanya insan yang lemah yang telalu banyak kelemahan.bersyukur atas setiap kurniaannya dan anugerahnya jangan terlalu angkuh dan sombong kerana semua itu adalah pinjaman dan boleh ditarik pada bila-bila masa.. menyesal sebelum terlambat. Aku hanya mampu tersenyum dengan setiap apa yang orang perkatakan. Mulut sudah tidak mampu mengeluarkan bunyinya lagi dan aku hanya mampu berdoa semoga Allah s.w.t meredhai dan mengampunkan segala dosa-dosa yang pernah kita lakukan.. insha allah...
Friday, August 2, 2013
setiap detik (2/08/2013)
Setiap detik engkau selalu datang dalam mimpiku, siang dan malam selalu datang mengganggu ku dan tak pernah lena lelap tidurku.. setiap detik ku teringat kepadamu setiap detik rindu ini meracuniku apakah setiap detik akan terus begini.. setiap detik doaku tidak pernah putus untukmu.. apakah nasib terus begini.. wahai kau air mataku hanya engkau la saksi hidupku saat aku kehilangannya, suara ku akan terus berharap sampai kapan pun.. " ya allah jika dia yang terbaik buatku, dekatkanlah dia dengan hidupku, buka kan lah pintu hatinya untukku, permudahkanlah hubungan kami, redhailah perhubungan kami, dan berikanlah kami kebahagian sampai ke syurgamu. Tapi jika dia bukanlah yang terbaik untukku, berikanlah petanda, jauhkan la kami, pisahkan la kami, tutuplah hatiku buat dia, dan permudahkanlah aku untuk melupakan dia.. amin"
Subscribe to:
Posts (Atom)